Friday 28 June 2013

Rindu IJA !


Ehemm..ni nak cte sket psl sahabat saya..

hehe,sekadar hiburan k..

NUR AFIZA bte Ahmad Kamarudin,a.k.a Ija..

Ok,dia ni antara sahabat yg paling rapat jgk dgn saya..klo g kuliah,dia yg yg setia jd pembonceng saya..huhu..Dia slalu bg nasihat,smangat,dan dia sering membuatkan saya sedar pada hakikat yg kdg2 saya x mampu lalui..Dia jgk yg buat saya jd kuat bile smangat saya hampir hilang..Bile ade masalah,selalu cerita dkt dia..tp rupa-rupanya mslh dia jauh lbh berat dr mslh saya..Dye selalu sakit,,tp saya nmpk kekuatan dia utk mlawan ksakitan dia..mohon tlg doakn sahabat saya ni yer..semoga dia cpt sembuh dan semoga dia tabah..SYAFAKILLAH buat Ija..Hmm,bile dia x de,terasa sunyi pulak..pergi kuliah pon sorang2 jer nie..Tp x pelah,walau ape pon nasihat2 dia akn selalu diingati ..



                                          


(Pesanan utk Ija) : Ija balek cepat yer..Wa RINDU sgt2 kt Ija..Wa SYG ija Dunia Akhirat..
                             Terima kasih sudi jd Kawan wa...  :)



     

^___^
                                                                      



                                                 

                                         

      BINTANG + HIJAU  ^^

(Semoga persahabatan kita hingga ke JANNAH)






Tuesday 18 June 2013

Selamat Hari Lahir ABAH !! (18/06)

 
Ni Abah dan Mak saya...
ABAH,Selamat Ulang tahun yg ke 59..Doa anakmu,semoga ABAH yg saya sayangi dipanjangkan umur,murah rezeki,Diberikan kesihatan tubuh badan wal'afiat dan semoga ABAH sentiasa di bawah LEMBAYUNG RAHMAT ALLAH..(Ameen)..

Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan yg dicurahkan kepada anak-anakmu selama ini..
Semoga ALLAH jua yg membalas segala pengorbanan ABAH..Tidak ternilai jasa-jasa ABAH untuk anakk-anakmu..

Terima Kasih ABAH !!
SAYANG ABAH & MAK SELALU~








Saturday 15 June 2013

Kisah Mus'ab Bin Umair (Pemuda Dakwah yg Mengubah Sejarah)








Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah.

Dia adalah manusia yang ter’hensem’ di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus’ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki ‘malaikat’ ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada’

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

“Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus’ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus’ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia”

Ya, itulah namanya. Mus’ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada’.

Kisah Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus’ab dipulau.

Namun Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:

“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus’ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana menyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus’ab bin Umair.

Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.

Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:

“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”

Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:

“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”

MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada’, ‘putera Makkah’ yang telah berkorban.

Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.

Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.

Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu ‘korban’. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus’ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus’ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

“Cukuplah Allah sebagai wakil”

MasyaAllah…

Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus’ab bin Umair ini.

Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.

Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.

Friday 14 June 2013

PERBAIKI DIRI : Lidah Wanita

Alkisah, dalam perjalanan Isra’ Mi’raj, Rasulullah SAW sempat melihat pemandangan mengerikan, ” Aku diperlihatkan orang yang mencakar-cakar mukanya sendiri dengan kuku-kuku tajam mereka ” Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril, ” Wahai Jibril, siapakah mereka itu ? ” Malaikat Jibril menjawab, ” Mereka adalah orang yang menggunjing orang lain dan membuka aib kehormatan dirinya” ( HR Abu Daud )

Astaghfirullah alladzim... Naudzubillahi min dzalik...

Assalamualaikum...



Betapa mengerikannya pemandangan yang telah dilihat oleh kekasih ALLAH ini, betapa dekatnya kita wanita dengan perbuatan yang disebut diatas.... Masya ALLAH

Apabila tidak membacanya sendiri, niscaya saya tidak bergidik membayangkannya. Betapa takjubnya apa yang bisa diperbuat oleh lidah kita ini. Betapa sulit rasanya ingin mengendalikan ucapan yang boleh kita lontarkan dari mulut ini. Betapa seringnya dalam 1 hari berhamburan kata-kata buruk rupa dari bibir ini. Dapatkah Sabda Rasulullah SAW ini menyembuhkan penyakit lidah ini ? Semata-mata hidayah dan pertolongan ALLAH begitu saya harapkan untuk  memperoleh kesembuhan permanen.
Wanita tidak ditakdirkan untuk mampu berlaku kuat dengan tenaganya. Itu kelebihan pada kaum lelaki. Maka ALLAH mengistimewakan kemampuan lidah tak bertulang untuk wanita, yang dapat menjadi senjatanya menguatkan diri. Sayang kita terbiasa untuk  kelebihan ini untuk membicarakan hal-hal yang tak seharusnya dibicarakan. Entahlah siapa yang memulai kebiasaan tak indah ini. Yang pasti kita telah mengetahui ini tak seharusnya diulangi kembali. Sudah waktunya untuk berhenti. Kita yang tak suka diperbincangkan tak baik berbumbu fitnah kemudiannya, seharusnya tak lagi menggunjingkan saudara dan sahabat sendiri. Termasuk membahas kejelekan suami, juga diri sendiri. Yang sudah ditutup ALLAH, tak seharusnya dibuka manusia. Bilapun kita tahu aib mereka, tutupilah agar ALLAH pun menutupi aib kita, baik didunia maupun di akherat kelak.

Keistimewaan lidah pemberian ILAHI ini bisa kita maksimakan untuk menyebarkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Sekalipun kita masih belajar untuk mengamalkannya, namun menyebarkan ilmu agama dan ilmu baik lainnya yang kita tahu apalagi mampu mengajak orang lain melakukan ibadah ataupun perbuatan yang baik, pahalanya akan mengalir meski kita telah berbaring ditempatberehat kita yang terakhir. Tidak mau kah kita mengerjakan sesuatu sekali saja tapi mendapat keuntungannya terus menerus. Marilah segera kita gunakan lidah cantik kita untuk menyebarkan ilmu yang baik. Jangan malu bila diri sendiri masih merasa belum baik, anggap saja kita sama-sama belajar. Berucap untuk diri sendiri dan orang lain. Siapa tahu ALLAH menurunkan hidayah pada orang yang sedang kita ajak bicara melalui jasa lidah kita ini...

Mulai sekarang kita beranikan diri mengingatkan teman kita yang sedang menggunjing, boleh jadi ia tak sedar bahawa ia sudah terpeleset ”mengumpat”...dan jangan marah bila suatu waktu kita yang mendapat giliran diingatkan, segera istighfar dan ucapkan terimakasih atas peringatan teman kita itu. Ya, bersyukurlah tidak jadi terlalu jauh terperosoknya dalam lembah gosip yang lebih dalam.. Jika berkata-kata yang bagus-bagus tentang orang lain boleh, dengan harapan para pendengar terinspirasi lalu bisa meniru ke-bagus-an nya. . .


Semoga kita sepaham dan sepakat  untuk hal yang ini. Selamat berlatih lidah. Semoga kali ini mampu benar-benar sembuh agar kita tidak termasuk golongan orang-orang yang mencakar mukanya dengan kuku-kuku yang tajam seperti yang telah dilihat oleh Rasulullah SAW. Insya'allah..

                                        The Beauty of Islam

Wednesday 12 June 2013

HAPPY BIRTHDAY NURUL NAJIHAH HUSIN !! (11 JUN)







SANAH HELWAH buat Nurul Najihah Husin..
Smoge panjang umur,murah rezeki,sihat selalu dan bahagia bersama orang2 tersayang..
Dah besar dah kwn aku ni..huhu,,eh x kn nk kecik jer kan...
Ni la Sahabat paling rapat yg sentiasa bersama2..g mne pon semua sama2..
Sampai kne kejar pon sama2..haha..kena kejar dgn spe?? dgn SI PUTIH..
bak kata org,klo sorang pergi sorang lg sedih..haha..
Tp untuk tahun ni rumah sewa n bilik tak sama..Kami terpisah..sob3 !!
Ehhhhhh,,,x yah nk terpisah2 sgt la..terpisah rumah jer..g kuliah jumpa jgk..huhu
Klo dlu dok satu bilik,gosip sme2..ishhh,,GOSIP !! x la....TAZKIRAH..huhu..
TAZKIRAH keeee ?? Ada la jgk sikit..Bkn gosip la,,tp kongsi cerita..hehe..
Tp sekarang klo nk cerita2 telefon je la nmpknya atau pon jumpa waktu kuliah..
hmm,Ape2 pon Semoga PERSAHABATAN kita sampai ke SYURGA..
DOA aku : Semoga Kau Berjaya dlm pelajaran,hidup n Cita2..Dan Smoge cpt KAWEN !! 
Krik..krik..krik...ahaha..gurau jer..Kau pon doakan aku k..
SYG KAU NURUL NAJIHAH HUSIN kerana ALLAH~



Haa,,Ni la NURUL NAJIHAH HUSIN..
Jgn marah..Curi gambar..hehe


SALAM UKHUWAH..





Ahlan wasahlan ke Blog Qurratu A'yun..
Bru jer wujudkan blog ni..hehe..
Segala perkongsian ilmu dan cerita2 akan saya coretkan disini..
Boleh follow saya.Sekian saja..Tak tau nk ckp ape.. :)
Salam Ukhuwah,Salam Mahabbah..

Sunday 9 June 2013

RENUNGAN UNTUKMU HAWA….


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."